November 2011 GoDaddy Promo Code USD1
Google page rank update lagi minggu lepas dan blog akuchey dot com turut menerima tempiasnya dengan dinaikkan Page Rank 1. Ini membuatkan aku semakin rajin nak menulis kat blog ni supaya menarik lebih banyak visitor. Tapi seperti biasa kalau dah selalu blog ni, maka blog-blog lain akan terbiar menyepi seketika begitu juga dengan projek-projek affiliate lain. Ni la akibatnya kalau terlalu ghairah nak ikut trend:). Tapi takpe aku melihat dalam jangka masa panjang, dengan keadaan ekonomi sekarang nih tak mustahil rakyat Malaysia nanti akan bergantung sepenuhnya kepada dunia online sebagai extra job. Thank kepada pengunjung-pengunjung blog akuchey dot com kerana sudi singgah. Sebagai penghargaan nikmati pembelian domain di Godaddy berharga $1.00 sempena ini.Masukkan kod: LEAVES . Seperti biasa kupon ni hanya valid sehingga 10,000 redemption dan hanya sah dengan pembelian melalui kad kredit. Apa tunggu lagi time ni la nak dapatkan domain murah untuk projek-projek terbaru atau sekadar nak simpan untuk pelaburan mana tau kot-kot domain yang dibeli dapat dijual semula dengan nilai jutaan ringgit.:).
The Sex Offender Locator Apps
Aplikasi Facebook dedah maklumat pesalah seks di New York.Haha banyak manfaat Facebook ni kalau digunakan sepenuhnya.Tapi ini macam agak janggal sikit bila New York Division of Criminal Justice Services melancarkan applikasi The Sex Offender Locator Application mengikut nama, alamat dan level bahayanya pesalah seks tersebut. Menurut sumber, ini dibuat sempena perayaan Halloween yang bakal menjelang tidak lama lagi dan aplikasi ini membantu kanak-kanak terutama menjauhi lokasi-lokasi dimana pesalah seks tinggal mengikut level 1 hingga level 3.
Sebenarnya saya melihat banyak pro dan kontranya mengenai aplikasi. Kebaikannya untuk keluarga dan kanak-kanak sendiri bagi mengenalpasti lokasi pesalah seks tinggal dan menjauhi kawasan tersebut dan ini secara tak langsung akan mengelakkan kejadian yang tidak diingi berlaku masa perayaan Halloween yang mana biasanya kanak-kanak akan berkunjung kerumah-rumah sesiapa sahaja yang adakan parti. Jadi kalau keluarga kanak-kanak tersebut dapat kenalpasti lokasi pesalah seks itu mungkin mereka boleh nasihatkan anak-anak mereka tidak ke kawasan tersebut. Kontranya, mungkin nama pesalah seks tersebut tercemar dan walaupun mereka penjenayah mereka ada hak untuk bebas tanpa stigma buruk dari masyarakat.Nama mereka akan disebut-sebut dan mereka mungkin mempunyai keluarga.Tambah malang bila pesalah tesebut telah insaf ataupun first time offender yang ditahan sebab melakukan seks dengan teman wanitanya.Huhhuh malangnya.
Tidak dinafikan terdapat pelasah seks yang ekstrim terhadap kanak-kanak seperti pedophile.Namun mereka ini bijak dalam mengatur jenayah yang dilakukan dan jika mereka hendak lakukan jenayah ini mereka akan membuat rancangan baru apabila mengetahui The Sex Offender Locator Application wujud dan mendedahkan lokasi mereka.
Sebenarnya kejadian buruk sukar dielakkan bila penjayah menukar taktik mereka dengan mengubah lokasi mereka. Dan umum mengetahui jenayah terhadap kanak-kanak seperti kes rogol banyak dilakukan oleh orang mereka kenali seperti ahli keluarga sendiri.Apa kata bila Sex Offender Locator Application mendedahkan rumah pengguna itu sendiri sebagai lokasi yang perlu dielakkan.Hahaha kan naya.Dan perkara ini tidak akan selesai selagi kanak-kanak itu sendiri mendedahkan diri mereka kepada bahaya dengan keluar tanpa pengawasan keluarga, minum minuman keras dan berparti dengan teman lelaki.Applikasi ini banyak mendapat rungutan dari banyak pihak yang berpendapat aplikasi ini boleh berubah menjadi keadaan yang sebaliknya apa penjenayah sebenar menukar rancangan selain daripada hak individu dirampas.
p/s-kalau kat Malaysia app ni sesuai ker?
Rawatan Makanan Penawar Kencing Manis atau Diabetes
Agak terkejut bila disahkan oleh doktor saya mengalami kencing manis Jenis 2. Nasib baik saya membuat pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan ke universiti baru ni kalau tak sampai sekarang pun masih tidak tahu saya mengalami diabetes. Terdapat sedikit tekanan perasan setelah tahu mengenai perkara ini. Maklumla terlalu muda untuk menerima penyakit yang selalu dikaitkan dengan orang usia 40-an keatas. Walaupun hakikat sekarang ramai orang muda dapat penyakit:) Hakikat yang masih tak diterima. Namun hari ni saya redha.Penyakit datang ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Kalau dulu saya makan tidak menentu dan tidak mengamal gaya hidup yang sihat. Bila bermuhasahah diri baru la sedar apa yang dilakukan sebelum punca kepada penyakit ni.Huhuuu.
Bila doktor mengesahkan terdapat gula dalam air kencing pada pertama kali medical check-up, doktor mengarahkan saya buat pemeriksaan darah bagi mengesahkan kadar gula tersebut dengan membuat pemeriksaan OGTT. Apa itu OGTT? Oral Glucose Tolerance Test memerlukan saya ambil darah sebelum dan selepas berpuasa. Kadar gula dalam darah saya diambil sewaktu sebelum minum air gula 5.0 mmol dan selepas minum air gula kadar darah adalah 11.1 mmol. Jadi saya adalah diabetic Type 2. Kadar gula yang ideal adalah 5-6 mmol.
Selepas disahkan macam tu maka saya dengan segera meninggalkan makanan bergula dan nasi berkarbohidrat. Saya mula memakan nasi beras herba ponni seperti kebanyakan pesakit kencing manis makan dan hanya minum air masak sahaja. Setiap petang mula berjogging 1km sehingga kini berat badan telah turun 10 kilo dalam 1 bulan.
Dalam pada itu saya mula mencari maklumat mengenai kencing manis untuk mencari penyelesaian dari segi cara penjagaan dan diet kencing manis. Banyak buku-buku telah dibeli dan dibaca. Semangat untuk menjaga kesihatan mula berkobar-kobar maklumla dah mula jatuh sakit, kalau tak mana nak ingat semua tu.
Sedikit info mengenai penyakit kencing manis atau diabetes.
Diabetes merupakan general term kepada penyakit yang berkait dengan kencing berlebihan.Kencing manis Type-1 merupakan kencing manis jenis insulin-dependant disebabkan kegagalan insulin dihasilkan oleh badan.Ia juga dipanggil Juvenille Diabetes disebabkan hanya biasa terjadi kepada kanak-kanak sebelum ini.
Diabetic mellitus Type-2 merupakan kecing manis disebabkan disorder carbohydrate(sugar) metabolism atau juga dipanggil non-insulin dependant diabetes mellitus. Penyakit ini dibahagikan kepada hyperglycemia(gula dalam darah) dan glycouria(gula dalam air kencing).Ini disebabkan berlaku kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.
Satu jenis lagi ialah Pregnancy diabetes. Ini berlaku sewaktu seseorang mengandung sahaja dan akan hilang selepas bersalin tetapi boleh berterusan jika tidak dikawal.
Diabetes mellitus Type-2
Merupakan ketidakseimbangan metabolisma yang mana kadar gula (glukosa) menjadi tinggi dalam badan disebabkan badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi. Insulin merupakan hormon yang dikeluarkan oleh pancreas berfungsi mengawal kadar gula dalam darah. Gula dalam badan diserap ke dalam salur darah dan merangsang pancreas untuk mengeluarkan insulin. Insulin membenarkan gula bergerak dari darah ke dalam cell untuk menghasilkan tenaga.Tenaga ini digunakan terus atau disimpan dan digunakan apabila perlu.Bila kadar gula dalam darah berkurangan maka pengeluaran insulin juga berkurangan.Sekiranya seseorang itu mengambil karbohidrat- nasi yang banyak maka kadar gula dalam badan juga meningkat. Sekiranya badan tidak mengeluarkan insulin yang cukup untuk membawa gula ke dalam cell badan maka gula dalam darah menjadi tinggi.Kesannya kadar gula dalam cell badan berkurangan.
Adakah penyakit kencing manis ini boleh disembuhkan? Ini menjadi persoalan kerana dikatakan tidak boleh sembuh cuma boleh dikawal sahaja. Dalam mencari maklumat saya terjumpa sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca kerana berbeza sekali dengan maklumat yang diperolehi oleh doktor ataupun buku-buku lain. Buku ini mengubahkan perspektif kita terhadap penyakit diabetes. Buku ini menunjukkan pesakit diabetes type 2 mempunyai peluang untuk sembuh dengan satu cara rawatan yang dinamakan Ecology Healing System. Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku utama Tajuk Diabetes Causes Cure and Prevention ditulis oleh Dr. V.M Palaniappan PHD. Beliau seorang doktor dan penyelidik yang membuat penemuan berkenaan diabetes ini. Beliau menyatakan pesakit kencing masih boleh dirawat dengan cara sistem rawatan secara ekologi. Dalam buku tersebut dinyatakan punca kepada penyakit kencing manis. Kenana gula manis? Gula manis disebabkan terdapat kalsium didalamnya. Maka kalsium lah punca kepada kemanisan sesuatu benda. Kadar kalsium yang tinggi dalam badan telah menyebabkan badan menjadi manis dan akhirnya menyebabkan kencing manis dan bukannya disebabkan pengambilan gula atau nasi. Bagi beliau nasi dan gula perlu diteruskan diambil jika tidak mahu pancreas kita berhenti bekerja.Akibat berhenti mengambil gula dan karbohidrat menyebabkan pancreas tidak menghasilkan insulin dan kemungkinan besar akan tidak efektif lagi untuk mengeluarkan insulin apabila kita tiba-tiba ambil gula. Sebab itu bagi buku ini apa yang dinasihatkan oleh doktor adalah tidak betul sama sekali apabila menyarankan pesakit mengurangkan penambilan nasi dan gula. Malah pesakit terus negatif terhadap 2 makanan ini dengan berfikiran kalau tidak ambil terus gula dan nasi tentu tiada masalah ini. Satu lagi punca menyebabkan berlakunya kencing manis apabila kalsium yang banyak didalam badan tidak dibuang melalui kencing apabila kita kurang kecing dan sesetengahnya kurang minum air. Bagi sistem ini, kita perlu minum air 2 liter sehari dan kencing juga harus mencapai 2 liter sehari barulah kalsium berlebihan dapat dibuang dari badan.
Buku ini menyatakan step by step bagaimana kencing manis type 2 boleh pulih. Antaranya mula membetulkan persepsi terhadap kencing manis, kalsium adalah punca kepada penyakit ini dan kalsium perlu dikurangkan, pengambilan air yang banyak dapat merangsang kencing yang banyak, amalan meminum kopi membantu penyembuhan, cara tidur, cara mandi, pengunaan air bertapis, cara menjaga kulit yang betul,herba yang berguna untuk kencing manis, cara makan dan jenis makanan perlu dielakkan. Dan menariknya sistem ini tidak menggalakkan pesakit kencing manis melakukan exercise yang mengeluarkan peluh kerana menganggu pengeluaran air kumuhan melalui air kecing yang menghalang pembuangan kalsium dengan cepat.Bagaimana anda tidak boleh tidur dibawah kipas angin yang laju, penggunaa air-cond yang memudaratkan,cara membuang air besar yang betul dan bagaimana hubungan seks membantu penyembuhan kencing manis dan bagaimana kencing manis menyelamatkan kita dari penyakit lain yang lebih berbahaya.
Kesimpulannya saya kini mula positif terhadap penyakit ini walaupun dimomokkan dengan pelbagai simptom seperti potong kaki,mata rabun, kena inject insulin, mati pucuk dan sebagainya.Mungkin anda juga seperti saya anda boleh dapatkan buku diatas untuk bacaan tambahan bagi mengubahkan persepsi terhadap kencing manis kerana lambakan maklumat di internet hanya membawa kita ke produk-produk kesihatan yang hanya menghabiskan wang. Sekian.
Tips Penjagaan Laptop
Sekarang kebanyakan orang dah memiliki laptop, notebook atau netbook.Tak kisahla mana satu semua pun dalam kategori mudah alih. Laptop ni merupakan alat penting juga la untuk memudahkan segala kerja. Kalau dulu ada desktop tak boleh bawa kemana-mana, sekarang boleh kehulu ke hilir dengan laptop.Walaupun dah ada ipad atau smartphone namun fungsi laptop masih advanced. Tapi adakah kita ambil berat tentang kesihatan laptop kita tu. Kalau manusia boleh sakit sebab tak menjaga kesihatan, laptop juga sama. Laptop ni lain sikit berbanding desktop yang besar, tiada masalah dari segi pemanasan ataupun terpijak sebab ianya besar, tapi laptop apatah lagi sekarang ni Netbook lagi kecil dan lagi perlu penjagaan yang baik untuk memanjangkan jangkahayat.
1. Penjagan asas - jangan la makan-minum atau letak laptop dekat sumber-sumber air. Walaupun tiada kaitan tapi kalau tertumpah atas laptop nangis juga la nak repair balik.
2. Elakkan juga buat kerja atas lantai bukan apa takut terpijak laptop tu...kalau netbook lagi kecik lagi la tak perasan ada kat lantai. Iangatkan kain lap kaki:)
3. Sebolehnya guna tempat yang rata untuk letak laptop bagi elakkan kemalangan.
4. Jangan la letak atas tilamn atau bantal. Sebab tilam tu mungkin banyak habuk dan satu lagi bila laptop tenggelam dalam tilam tu boleh menghalang laluan udara menyebabkan laptop mudah panas.
5. Musuh laptop atau netbook adalah habuk. Make sure elakkan dari tempat berhabuk dan kalau berhabuk selalu la cuci dengan soft clothes yang khas tambah-tambah lagi kat screen tu.
6. Paling penting sekali elakkan laptop terjatuh, sebab komponen dia sensitif sangat.
7. Elakkan simpan laptop atau netbook dalam tempat panas macam kat dalam kereta. Satu lagi bahaya letak dalam kereta ni takut pencuri nampak. Kalau nak letak juga masa ada pemandu elakkan menonjol sangat laptop tu. Jangan la tunjuk beg tu ada brand laptop guna jer beg biasa supaya orang tak perasan ada laptop. Kalau terpaksa letak juga, cover sikit dengan kain.
8. Rajin-rajin la ambil berus gigi lama tu cuci kat bahagian lubang udara, dan kat port USB tu.
9. Janganla letakkan benda-benda berat atas laptop cam letak buku yang tebal atas tu. Takut screen tertekan dan rosak.
10. Beli la cooling pad yang baik sikit dari plastik buatan China tu yang diberi free masa beli.Penggunaan laptop dalam masa yang panjang boleh memudaratkan komponen laptop.Cooling pad menolong mengurangkan tahap kepanasan tambah-tambah lak guna tengok movie.
11. Jangan lupa guna bag atau case kalau usung ke mana-mana sebab takut licin dari tangan mau nangis dibuatnya.
12. Kalau ada power protector lagi bagus boleh elakkan kematian mengejut.
Selain laptop sendiri, bateri juga perlu dijaga supaya bertahan lebih lama. Tips penjagaan bateri laptop dan netbook.
14. Pastikan bateri dicaj sehingga penuh untuk pertama kali guna.
15. Jangan kerap caj bateri yang masih belum habis. Kerap caj bateri menyebabkan bateri tak tahan lama dan tidak dapat simpan power dan Kalau nak guna eletrik buangkan bateri.
16. Kalau tak guna laptop atau notebook atau netbookk dalam tempoh yang panjang, buang bateri dari laptop.
17. Sekarang dah ada teknologi untuk nengesan laptop yang hilang, boleh beli jer alat tu mana tau sebab laptop la benda selalu hilang kalau ada kes pecah rumah atau kereta.Satu lagi kalau ka t tempat awam, make sure lock laptop dengan lock yang dapat free masa beli tu walupun rasa malu sebab orang lain tak buat.Opps,last sebelum lupa, jangan la bagi budak-budak kecik main takut dia buat macam laptop mainan ataupun terdelete fail penting.Aku dah kena huhuhhu:).
Sekian ini saja serba sedikit tips penjagaan laptop, notebook dan netbook. Mungkin ramai tak ambil berat pasal ni sebab sekarang ni benda mudah dapat dan percaya 100% dengan kehebatan brand laptop tu. Ini silap , benda apa pun kalau tak jaga maintenance memang mudah lingkup, tak kira hebat mana brand.
Cara hilangkan jerawat….
Pernah dapat jerawat kat muka?. Biasanya Kebanyakan orang pernah naik jerawat kat muka.Tak besar, kecil mesti ada. Tak keterlaluan bila setengah orang cakap jerawat ni menyusahkan dan memalukan bila dah naik banyak2 kat muka. Sampai ada yang sanggup tak keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ker?. Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.
Ramai orang tak sedar sebenarnya kulit kita banyak membantu supaya kita kekal sihat selalu.Kulit muka contohnya menolong menampan bakteria yang melekat kat muka dari masuk ke kulit lebih dalam, selain itu mengeluarkan minyak agar kulit kita kekal lembut dan licin.Takla kasar macam batu.Cuba tengok gambar ni camana jerawat terbentuk.

Kenapa jerawat banyak tumbuh semasa remaja nak membesar. Pelik kan!.Tapi masa remaja nila banyak rangsangan berlaku ke atas kalenjar dibawah kulit yang kemudian menghasilkan banyak minyak.Bila sel kulit yang mati dan minyak yang dihasilkan oleh kalenjar berlebihan, jerawat akan terbentuk.Lagipun muka yang berminyak sememangnya menjadi tempat kuman membiak.Sejak tu para remaja semua takut nak makan kacang goreng atau benda berlemak sebab takut naik jerawat.
Tips tidak seberapa untuk mengelak jerawat dan cara betul merawatnya.
Sentiasa membasuh muka bagi mengelakkan kulit berminyak dengan menggunakan pencuci muka dan air suam.Basuh muka selalu pun tak guna juga kalau setakat cuci kat atas jer.
Jangan tambah burukkan keadaan dengan memicit jerawat dengan kuku.Tapi kalau dah besar mana tahan
Pastikan muka anda tak sensitif dengan bahan kimia sebelum guna apa jenis ubat pun.Cara tradisional pun ada kesannya kalau tak kena cara penyediaan.Biasanya cara tradisional ni lebih kepada trial and error.
Biasanya rawatan jerawat ni banyak menggunakan bahan kimia sebab ia melibatkan kuman.Sebelum merawat bahagian kulit yang membentuk jerawat, kuman perlu dihapuskan dulu. Contoh kimia digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Benzoyl peroxide
Krim jerawat yang ada dipasaran biasanya terdapat Benzoyl peroxide. Benzoyl peroxide membantu membunuh kuman dan melegakan kesan jerawat.Tapi tak semudah itu untuk lega sebab perlu rawatan secara konsisten.
Retin-A
Retin-A pula boleh menyebabkan kulit menjadi agak kemerahan akibat rengsaan dan kering.Retin-A biasanya digunakan pada waktu malam sahaja sebab krim ni menyebabkan kulit sensitif kepada cahaya matahari.Kalau guna Retin-A, sila guna sunburn cream bagi mengelakkan kulit merengsa.
Antibiotics
Antibiotics biasanya diberikan dengan nasihat doktor apabila rawatan cara lain tidak berkesan lagi atau kesan jerawat semakin serius seperti pembengkakan. Antibiotics biasanya digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan kepada whiteheads.
Accutane
Accutane juga hanya boleh didapati dengan nasihat doktor. Accutane merupakan pill yang sangat kuat. Biasanya digunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang tidak boleh dirawat oleh cara lain lagi.
Kalau nak cerita tentang jerawat memang agak panjang sebab ia masalah sejagat. Setengah orang tak kisah pun ada jerawat dimuka.Tapi takkan nak biarkan jerawat terus menghantui kita. Terdapat banyak sangat cara untuk menghilangkan jerawat tapi kena tahu cara dan baik-buruk setiap rawatan jerawat. Nak tahu mana rawatan yang terbaik untuk anda, jom lihat apa kata doktor yang memang sentiasa merawat mereka yang mempunyai masalah jerawat. Klik sini untuk tahu apa Dr Hasseenah boleh bantu anda!
Kemunculan Google +1 atau Google Plus One.
Selepas beberapa tahun Facebook like button tersebar ke seluruh pengguna internet, Google baru sahaja announced kemunculan Google +1 atau plus one button. Lebih kurang Facebook like la. Kalau anda perasan search result di Google.com juga telah menunjukkan Google plus one button dan bukan sahaja organic search tapi iklan Google Adwords pun ada Google plus one.Mulai Jun 2011, Google plus one boleh diletakkan di setiap web site dan blog. Untuk apa Google button ni? Ini salah satu cara Google untuk bersosial dan memberikan yang terbaik kepada penggunanya dengan melihat kepada undian yang diterima melalui Google plus one.Setiap plus one ibarat satu undi dan anda juga boleh Undo balik undian yang diberikan. Itu yang menariknya.Untuk click Google plus one, pengguna mesti dah log in Google account dan setiap plus one yang diberikan akan visible kat rakan yang berada dalam Google Contact anda.So kalau ramai orang click plus one maknanya ramailah orang recommend.Terfikir juga mungkin ramai orang boleh 'game' Google plus one untuk menaikkan rating di mata Google.Tapi tak mungkin Google sedungu itu nak biarkan:). Ranking di enjin carian mesti base kepada kualiti dan rating Google plus one kot.
Cara nak install Google +1 Plus One Button di WordPress.
Caranya cukup senang, anda hanya perlu download plugin Google +1 di WordPress.org disini .
Ikut arahan yang diberikan kerana cukup mudah untuk install plugin dengan WordPress.
Cara untuk install Google +1 di Blogspot.
1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
2. Tick kotak untuk expand widget template kat atas hujung kanan HTML window.
3. Cari kod HTML seperti ni <data:post.body/>, susah sangat nak cari tekan jer Control F dan masukkan kot atas tadi dalam search box.
4. Dah jumpa, kemudian copy HTML kod dibawah dan pastekan betul-betul dibawah kod <data:post.body/> .
<!-- Google +1 button Start -->
<b:if cond='data:blog.pageType != "static_page"'>
<p></p>
<div style='float:left;padding:10px;'>
<script type="text/javascript" src="http://apis.google.com/js/plusone.js"></script>
<g:plusone expr:href="data:post.url" size="standard" count="true"></g:plusone>
</div>
</b:if>
<!-- Google +1 button End -->
Anda nak tukar size button, mudah saja masukkan value seperti dibawah kat size="standard" tukar dengan small atau medium.

Atau nak tukar posisi button tu kat atas post instead of di bawah post?
Posisi atas post, anda hanya perlu paste kod HTML tadi sebelum kod <data:post.body/>.
Posisi di kiri atau kanan post, hanya tukar float dari left to right sahaja.<div style='float:left;padding:10px;'> .
Jangan lupa preview dulu dan save.Enjoy.
Buah Cocode Mer- Buah Simbol Seks
Tertarik dengan hadiah yang diterima oleh Prince William and Kate Middleton semasa pergi honeymoon selama 10 hari di kepulauaan Seychelles, sebuah negara di tengah-tengah Indian Ocean. Namun lokasi mereka dirahsiakan atas tujuan keselamatan.Menurut sumber pasangan ni menetap di sebuah villa berharga 4000 pound semalam. Apa yang menarik dengan percutian mereka di kepulauan Seychelles? Banyak yang menarik kerana kepulauan Seychelles indah dengan pemandangan yang jarang ditemui di kepulauan lain. Yang bestnya Prince William and Kate Middleton diberi kebenaran khas untuk membawa balik world's rarest fruit iaitu buah kelapa Cocode Mer, sejenis buah berbentuk seperti punggung manusia. Cocode Mer bermaksud coconuts of the sea atau nama saintifiknya Lodoicea maldivica dulunya dipanggil juga Coconut Maldive. Ada 2 jenis species iaitu jantan dan betina yang berbeza sedikit dari segi bentuk buah, saiz dan berat. Buah kelapa ni boleh mencapai berat sehingga 30 kg. Selain dari bentuk yang unik, buah kelapa ni merupakan simbol seks dan kesuburan kerana berbentuk seperti punggung wanita. Disebabkan populasinya semakin teracam kerajaan Seychelles, mengawal buah ni daripada ancaman manusia dan tidak dibenarkan sesiapa untuk berjual beli tanpa kebenaran dan kalau nak beli buah ni berharga sekitar 300 pound tapi untuk buat perhiasan sahaja tak boleh dimakan.
p/s - ada yang berminat dengan buah ni?
Dapatkan font bertulisan tangan…
Cantik juga font hasil dari tulisan tangan ni. Font ni boleh didapati secara percuma di dafont dot com atau boleh download di sini. . Cara untuk install font di Microsoft Office boleh tanya Pakcik Google. Very simple. Jangan guna font ni untuk presentation sudah la. Pening kepala nanti. So font apa yang sesuai untuk presentation? Font yang bersesuaian adalah penting dalam presentation ataupun penulisan la. Silap guna font bukan sahaja mencacatkan tulisan tapi menunjukkan tak profesional langsung. Untuk presentation, font yang disarankan;
Arial - ini font biasa di Microsoft Office. Memang sangat sesuai untuk sebarang penulisan dan presentation kerana jelas dan tidak berubah walaupun dalam skrin komputer atau di layar besar.
Helvetica - satu lagi font yang sesuai adalah Halvetica dan merupakan font biasa di Microsoft Office. Font ni juga sangat versatile kerana sesuai dalam bentuk apa sahaja terutama presentation melibatkan diagram dan gambar. Font ni biasanya digunakan dalam penulisan di logo-logo kerana sangat versatile dan jelas.
Tahoma - caption, title dan labels dalam presentation biasanya di tulis dengan tulisan yang lebih terang bold or italics supaya lebih menyerlah. Font Tahoma adalah sangat sesuai untuk bahagian ini.
Verdana - Font Verdana juga berasal dari keluarga font san serif sama seperti Arial, Tahoma dan Helvetica. Font dari keluarga san serif ini sangat sesuai untuk presentation kerana lebih jelas berbanding dengan font jenis lain. Font jenis ni lebih mudah dibaca tanpa rasa tergangu.
Penggunaan font yang bersesuai memanglah sangat penting supaya mudah dibaca dan tak menyakitkan mata. Sebabtu font yang boleh digunakan di MS Office tak semuanya sesuai digunakan di internet. Anda boleh lihat surveyfont mana yang paling banyak digunakan di kebanyakan komputer disini.
Sengatan Labah-Labah Jadi Penawar Mati Pucuk
Pernah tak dengar serangga labah-labah? Mestikan. Baru-baru saintis di Medical College of Georgia melakukan satu kajian terhadap satu fenomena dimana sengatan labah-labah dapat memberi ereksi selama 4 jam terhadap lelaki yang mati pucuk. Jadi saintis ni percaya bisa dari 'Brazilian wandering spider' boleh merawat masalah erectile dysfunction. Menurut saintis tu, sengatan labah-labah ni lebih kurang macam Viagra dan boleh dijadikan rawatan alternatif.
Kajian ni dibuat selepas seorang lelaki yang mati pucuk secara tak sengaja terkena sengatan labah-labah paling berbisa di dunia ini telah pulih dari masalah mati pucuk. Labah - labah Brazillian atau labah-labah pisang ni mempunyai 8 kaki dengan 4 inci panjang setiap kaki dan biasanya dijumpai di South and Central America. Diiktiraf labah-labah paling berbisa di dunia oleh Guinness World Records pada tahun lalu. Labah-labah ini sangat bertoksid dan sengatannya boleh membawa maut kalau tak dirawat dengan cepat. Yang bestnya, banyak-banyak kesan sampingan, kesan ereksi 4 jam tu diambil oleh saintis. Tapi tak hairanla sebab industri ubat kuat ni memang hebat dan kalau benda disahkan lagi, aku rasa ramai orang sengaja nak kena sengatan labah-labah. Ada orang Malaysia nak cuba sengatan labah-labah ni?
Serangan Worm Baru Di Facebook
Hati-hati dengan penularan kegiatan penipuan di Facebook yang semakin menjadi-jadi. Sekarang ni muncul pula Worm baru dalam bentuk mesej. Hati-hati bila menerima mesej di Wall Facebook anda dengan ayat-ayat seperti "WTF I cant believe youre tagged in this vid" or "ROFL I cant believe you're tagged in this video" or "OMG why are you tagged in this vid". Bila anda klik saja button Play video tersebut, tiada video dimainkan sebaliknya akan keluar mesej "Select Address bar. Press Ctrl+V. Press Enter." Sebenarnya terdapat aktiviti kurang sihat sikit disebalik mesej ni.Iaitu SPAM.Worm ini digunakan untuk scan list rakan Facebook anda dan generate satu code yang mana siap di Copy.Apabila pengguna Facebook select address bar dan press CTRL+ V(ini shortcut untuk Paste) kemudian tekan ENTER, pengguna tersebut sebenarnya melakukan post dengan mesej yang sama di Wall salah seorang rakan Facebooknya.It will become viral and that's why the message spreading very fast.

Sebenar data yang dikutip oleh Worm tersebut tidak dapat dipastikan selain daripada senarai rakan Facebook anda.Next time jika anda menerima Wall post yang mengarahkan anda klik untuk melihat sebarang video, jangan klik link tersebut dan elokla padamkan saja mesej tersebut. Lainla kalau anda nak tolong menternak Worm tersebut









